Ruang dalam wad sangat terhad. Pastikan bawa keperluan yang tak terlalu banyak. Semak dengan hospital barang apa yang dorang sediakan untuk ibu bersalin. Simpan barang kemas-kemas dan asingkan antara satu sama lain ikut keperluan lebih khusus. Misalnya peralatan mandian, barang persalinan dan dll.
- Baju kemeja berbutang supaya mudah untuk menyusukan bayi. Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angina dalam badan.
- Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad. Malah mudah dibuka dan ditukar jika doctor nak buat pemeriksaan. Tapi kalau selesa nak berseluar, bawa seluar longgar.
- Set kelengkapan mandian ..
- Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
- Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran
- Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang.
- Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi
Checklist untuk bayi:
- Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai
- Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin
- Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini
- Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur
- Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada ksan calar akibat kukunya yang panjang.
Checklist lain-lain barang:
- Handphone dan charger
- Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain
- Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.
- Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala (jika nak) Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.
- Minyak urut atau losen
Warning !!!
- Jangan bawa barang kemas dan wang tunai yang banyak
- Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya.
- Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.
Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:
- Kad rekod kesihatan
- Kad pengenalan
- Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans)
- Surat rujukan majikan
- Surat jaminan majikan
- Sebarang dokumen daripada pihak hospital.