Kalau dah pernah beranak mesti tau bentan tu ape kan? Siap la kalau kena mmg skit habis bdn xyah ckp la.. So ibu2 waktu berpantang tu 44hr je.. Jgnla langgar k. Utk kita jugak.. Bdn nak guna lama ok. Ok straight to our topic.
APAKAH ITU BENTAN ???
Bentan adalah keadaan di mana seorang ibu yang berpantang tiba2 tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat diketahui puncanya secara tiba2.
Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.
Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.
JENIS2 BENTAN, SIMPTOM, PUNCA & CARA RAWATAN
1. Bentan Urat
Badan ibu tiba2 lemah / demam / bisa2 urat & setiap sendi badan seperti lutut dsb.
Seluruh otot badan akan berasa tgang & kekejangan.
**Selalunya keadaan ini berlaku apabila ibu terlalu aktif @ melakukan aktiviti fizikal yang melampau.
Sebab tu sy selalu pesan kat customer, kerja yang orang berpantang boleh buat hanya : Lipat baju & belek baby.
Sesiapa yang sibuk2 nak sapu sampah, mop lantai, sendiri mau ingat la.
Kadang2 tak boleh terima alasan diorang yang kononnya "saya kesiankan mak saya, kak".
Tapi lepas dah bentan, korang still susahkan mereka. Tapi kali ini berkali ganda. Sebab diaorang kena jaga korang, bayi yang baru lahir, anak2 kecil yang lain & suami korang.
So, mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?
Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu jadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas ke seluruh badan & start bertungku / bertuam sehingga pecah peluh.
Tuaman / tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.
2. Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim (ari-ari)
Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana @ terlampau sakit sehingga tumpah darah.
Kadang2 kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
Selalunya terjadi jika ibu2 mengangkat benda2 berat.
Kalau korang nak tau, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun dah dikira berat tau.
Sebab tukalau dalam pantang, janganlah korang nak dukung anak2 korang yang sealin newborn korang tu.
Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu2 langgar pantang ; berjimak masa dalam tempoh 44 / 100 hari berpantang.
Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami selama 44 hari.
Kalau yang menjalani pembedahan, tak boleh bersama dengan suami selama 100 hari.
Sesiapa yang melanggar pantang ni memang parah akibatnya.
Bukan sahaja berjimak, kalau korang na "ringan2 or stim2 ngan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya nanti urat tu kembang.
Sebab tu jugak la orang tua dulu2 kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan / mak mertua.
Para suami kena tido luar sampai ibu abis berpantang.
3. Bentan Urat Besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum.
Ibu2 yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh & sakit di ats bahagian tongkeng (belakang). Selalunya terjadi pada ibu2 yang bersakin secara pembedahan.
Kadang2 kesakitan di bahagian pinggang & tumit yang serius sampai ibu jalan terjengket2.
Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup.
** kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah dikisar (blender). Letak batu tungku & balut.
Letak kain dibahagian pembukaan faraj & start bertungku. Lepas dah tungku bahagian permukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu dengan posisi satu kaki melutut & satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada di atas batu tungku.
Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut2.
Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering.\
Caranya : Cuma bahan tu hanya pakai ibu kunyit & pati limau nipis.
Sebab itulah ibu berpantang digalakkan banyak banyakkan berehat , jgn terkena hujan walaupon tempiasnya , jgn suka mandi lama lama , jgn main air ( kalau pinggan pun jangan basuh . minta tolong orang lain basuhkan ) , elakkan mandi budak , dan janganlah angkat berat berat (even anak kecil korang ) .
Kerana sakit bentan ni memang x tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu ibu berpantang merana .
Dan sebab itu saya galakkan setiap wanita PERLU ada 1 batu sungai ..
Pergi cr skrg huhu. Klu xrajin nk turun sungai tu jgn pndai2 terjun sungai plak hehe.. Batu sungai ni slalu ade kt nursery yg jual bunga.. Jgn beli bnyk. Beli 2 3 in case batu pecah..