Wednesday, 8 March 2017

Kebaikkan Bertangas

Sebagai wanita terutama yang sudah berkahwin dan melahirkan bayi, anda perlulah menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman. Jangan terlalu obses memberi perhatian terhadap penjagaan muka dan badan sahaja sedangkan bahagian dalaman terbiar sahaja.

Kata orang kalau dalaman sihat dan mantap, suami makin sayang dan rumah tangga terus bahagia. Bahkan diri sendiri juga dengan sendirinya akan bahagia dan bertenaga.

Salah satu rawatan yang bagus diamalkan oleh wanita adalah bertangas. Amalan bertangas dapat merawat vagina dan mengatasi masalah wanita seperti vagina berbau, keputihan dan berair. Tangas sesuai dilakukan oleh wanita yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang.

Kebaikan bertangas

1. Mengurangkan masalah bau kurang menyenangkan.
2. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.
3. Mengeluarkan sisa darah haid.
4. Mengencangkan otot vagina.
5. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.
6. Mewangikan badan.
7. Mengurangkan masalah menstrual cramps.
8. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.

No comments:

Post a Comment

Penjagaan Berpantang Normal dan Ceaser KUANTAN

Mencari cari perawat pantang yang boleh jaga anda semasa berpantang nanti? Pakej Yang ditawarkan 💖  BERURUT 💖  BERTUNGKU 💖  SAUNA ...